Monday, 27 July 2015

Faisal Tehrani Didalam Kelasku

Hello dan Assalamualaikum.



Faisal Tehrani, antara pembimbing Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen). 

Hari ini 27 Julai 2015, Banyak input yang dapat berkenaan dengan penghasilan cerpen.
dan juga ditawarkan untuk berlakon drama :D
sangat seronok hari ini dengan jamuan yang disediakan.

Terima Kasih kepada Prof. Mawar dan juga Dr. Faisal Tehrani.


 ~ sekian, Terima Kasih kerana membaca (:

Saturday, 25 July 2015

Termenung Dimeja Menunggu Idea Mencurah-curah

Hello dan Assalamualaikum.


Oh Mejaku~

Di hari yang indah dan mulia ini terasa senang dan selesa sekali untuk mengarang cerpen sambil menonton drama dan termenung menunggu idea datang mencurah-curah. Mencari jalan cerita untuk menulis cerpen ketika bercuti dihari raya ini sangat mencetuskan idea dan mengilhamkan. 
Untuk permulaannya saya mengarang secara ringkas adalah untuk memahami jalan cerita cerpen tersebut. 
Saya juga mungkin akan menyelitkan cerita tentang imbas kembali untuk menjadikan ia lebih menarik.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

 ~ sekian, Terima Kasih kerana membaca (:

Friday, 10 July 2015

Mencari Ilham


Hello dan Assalamualaikum.


Bagi saya untuk memulai hobi baru dalam bidang kepenulisan ini, mungkin agak susah untuk menciptakan sebuah cerpen yang berkualiti. Kerana menulis cerpen memerlukan teknik tersendiri agar tulisan yang dihasilkan berkualiti dan disukai oleh pembaca.

saya perlu mencari ilham dengan mengaitkan burung merpati sebagai watak cerita yang luar biasa dan unik, dengan itu saya perlulah banyak membaca buku-buku yang berkaitan untuk menambahkan lagi ilham saya ini.


Inilah buku yang pertama kalinya saya akan gunakan untuk memulai hobi baru ini. semoga saya diberikan ilham untuk menulis cerpen yang sangat bermakna. InsyaAllah.


Mawar Safei


Marilah kita bersama-sama membaca... membaca.. dan terus membaca.. :)





~ sekian, Terima Kasih kerana membaca (:

Thursday, 2 July 2015

Hari Pertama Kuliah Penulisan Kreatif :)

Hello dan Assalamualaikum.

Pada hari pertama kuliah penulisan kreatif dengan suasana yang dingin dan kesejukan hujan rahmat yang membasahi bumi. Tema yang diberi untuk menulis sebuah cerpen adalah dengan memilih satu watak "Haiwan", untuk menghasilkan sebuah cerpen. 

Watak haiwan yang sesuai untuk menghasilkan sebuah cerpen adalah mungkin saya akan memilih watak "Burung Merpati" untuk dijadikan watak dalam cerpen tersebut kerana burung merpati menggambarkan pendamaian, percintaan, romantis, berkerjasama dan tidak menyimpan kepahitan atau tidak menyimpan dendam.




~ sekian, Terima Kasih kerana membaca (:

Wednesday, 1 July 2015

Tentang Diriku

Hello dan Assalamualaikum.


Short Entry "About Me"

Tentang diriku yang ingin dikongsi (:

Firstly nama saya "Akmal Bin Mohd Diah"
Maksud nama "Akmal" ( Yang lebih sempurna ). 
Status Bujang.
Anak bongsu.
Berasal dari Selangor.
Hobi Menulis & Membaca.
Cita-Cita Ahli Ekonomi.

~ Suka kucing sebab comel ~


~ sekian, Terima Kasih kerana membaca (: